Image Banner

𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀

🌷🌷🌷🌷🌷🌷

𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀!

Sekolah Rendah Islam Aman Machang (SRIAM) merupakan antara sekolah rendah swasta yang menjadi pilihan ibu bapa.

SRIAM juga dikenali sebagai medium bagi melahirkan murid soleh wa musleh diperingkat sekolah rendah.

Permohonan Kemasukan Murid Tahun 1 hingga Tahun 6 SRI Aman Machang bagi sesi 2025 sudah dibuka SEKARANG!

Kepada ibu bapa yang berminat, boleh mengisi borang permohonan kemasukan melalui pautan:
https://my20.awfatech.com/.../stureg/stureg_status.php
Sebarang maklumat lanjut, boleh rujuk di laman web rasmi sekolah : www.aman.edu.my

LAGI

SUKMA SARAWAK 2024

TAHNIAH & SYABAS! Alumni SMI Aman (SPM 2022) atas kejayaan mewakili Kontinjen Negeri Kelantan ke SUKMA Sarawak 2024 ✨

Saudari Siti Najihah binti Ab Aziz kini sedang melanjutkan pengajian di IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang. Beliau juga bergiat aktif dalam pertubuhan Harmoni Pulau Pinang. Anda HEBAT! ALLAHUAKBAR!
LAGI

TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH MUSLEH 2024 (HARUM)

Tahniah & Syabas kami ucapkan kepada guru dan murid SMI Aman yang telah dinobatkan sebagai penerima anugerah di Hari Anugerah Musleh (HARUM) 2024 yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Bangi, Selangor pada 13 Julai 2024. HARUM telah dianjurkan oleh pihak Musleh Integrated Education adalah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada para guru, murid dan sekolah rangkaian IKRAM Musleh yg telah berjaya mencapai kejayaan dan memberi khidmat cemerlang. Pemilihan anugerah ini melibatkan lebih daripada 50 buah sekolah rangkaian IKRAM Musleh SMI dan SRI seluruh Malaysia.

Kami turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan Muallimah Syahru Badriah binti Shaary (Anugerah Guru Cemerlang) & Saudari Siti Najwa Nasuha binti Ab Aziz (Anugerah Cemerlang Sukan dan Permainan). Alhamdulillah, semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat buat penerima serta seluruh warga SMI Aman.
 
 
LAGI

TAHNIAH GRADUAN SPAIM KOHORT 2022/2023

Telah berlangsung majlis Konvokesyen Syahadah Perguruan Asas IKRAM Musleh pada 29 JUN 2024 (Sabtu) yang bertempat di H Elite Design Hotel, Kota Bharu. Majlis yang berlangsung seawal 9 pagi itu bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada semua graduan yang berjaya menamatkan kursus SPAIM serta memberi pengiktirafan kepada penerima-penerima anugerah kursus SPAIM.

Kami di Pusat Pendidikan Aman merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada 25 graduan yang berjaya menamatkan kursus SPAIM ini. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperolehi dapat dipraktikkan setiap guru-guru untuk melonjakkan kecemerlangan institusi Pusat Pendidikan Aman.

 

Tahniah!!!

LAGI

TAHNIAH CALON SPM 2023

Tahniah diucapkan buat calon SPM 2023 yang telah menerima keputusan SPM pada 27 Mei 2024.
 
Kami turut berbangga atas kejayaan yang ditempa oleh anak-anak sekalian khususnya anak-anak kami di Sekolah Menengah Islam Aman, Binjai dan Maahad Tahfiz Aman, Pasir Mas.
 
Kejayaan ini bukanlah penentu segalanya, teruskanlah usaha keras anak-anak dalam menuntut ilmu dan mencapai lebih banyak kejayaan di masa akan datang.
 
Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat anakanda Sekolah Menengah Islam Aman - SMI AMAN iaitu Wan Muhammad bin Wan Zulkipli yang telah berjaya meraih keputusan SPM 10A sekaligus merangkul gelaran Pelajar Terbaik Sekolah Menengah Swasta Negeri Kelantan (di bawah KPM). Tidak lupa juga buat pelajar cemerlang kami di Maahad Tahfiz Aman iaitu adik Siddiq bin Abdullah Fahmi (8A1B), Junaidi bin Mohd Badar (6A2B1C) dan Muhamad Afiq bin Muhamad Syuhaimin (5A3B1C).

Tahniah kami ucapkan!!!

"Membina Insan Mulia Melalui Institusi Penyayang"
LAGI

DAULAT TUANKU

Daulat Tuanku.
Merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim & Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.
LAGI

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2023

Selamat maju jaya kepada semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023. Semoga memperoleh kejayaan yang cemerlang!

Tulus ikhlas dari seluruh warga Pusat Pendidikan Aman

"Membina Insan Mulia Melalui Institusi Penyayang"

LAGI

Image News

Image Banner

Lokasi


Pertanyaan